Search This Blog

Sunday, October 18, 2015

Happy 1st Anniversary

Assalam

Ya Allah,,, Alhamdulillah setahun sudah
"masa berlalu... tanpa ku menyedari... percintaan yang kita bina..."
Ewahh teringat pulak lagu Dilema - Nora haha tapi tu brokenhearted punya lagu aishhh
pantas sungguh masa berlalu huhuhuu

Thanks for everything my dear
May years ahead will be cherish with joy and happiness
May we still strong & keep faith to endure hardship & sorrow together

InsyaAllah we stay patient to achieve our dreams
Keep praying for the best and May Allah give the best for us
Stay healthy & happy all the way

<3 U

Sunday, February 1, 2015

My Wedding : Ely & Shaffiq - Part 4

Assalamualaikum

Macam biase ayat klise first bile start nak tulis entry
Dah lamenya x tulis blog aihhh, mana perginya kerajinan mengarang tu..???
Actually nak sambung entry wedding yang katenye bersambung di Part 4 aka Final Episode
(Hahahaaa akhirnya sudah2 la cite pasal hang kawen kan)

Ok lah straight to the point
Point of view setelah menjadi isteri bertukar menjadi 360' darjah
Seriously berbeza la dengan single kan
Hang kena ingat hang tu dah da laki
Jangan dok sedap ikut kepala hang sendiri
Kena dengaq cakap laki hang
(Macam makcik2 nasihat kat anak ek hihii + apesal cakap utagha plak)

Cuba bayangkan daripada menjadi seorang anak dara sahaja
Kepada tunang then isteri / menantu / adik ipar / kakak ipar / cucu menantu
Banyak title terus kau dapat jahh, curlasss!!!
Ini semua sebab kau dah ada suami / ibu abah mertua / adik ipar / kakak ipar / atuk nenek suami
Maka dari title itu jugalah kau kena jaga hati semua orang
Tidaklah mengabaikan hati dan perasaan sendiri
Cuma apa yang kita buat will reflect to them too

Kalau kau berperangai elok
(Kau tau menantu si A tu baik betul orangnya, cantik pun cantik - contoh nak dasar perasan =P)
Kalau kau berperangai x berapa nak elok
(Kau tau menantu si A tu emhh malas la nak cakap, sombong - hanya contoh sahaja k hihihi =P)
Lebih kurang cenggitu la situasinye kan
So, as a conclusion jaga tingkah laku kita
Jaga adab, jaga bahasa dan jaga maruah - ehh macam tagline la kikikii

Ehh macam melalut lak ke lain
Sebenanya nak citer majlis kat sebelah lelaki kan lahaiii
Ok now cerita based on picture jelah ya

My wedding cake, comel la pulak, masa hari kejadian dah x ingat ape dah hoho

Masa ni agak kelewatan sikit datangya, biasalah bawak rombongan cik kiah yang ramai, yang penting selamat sampai x jammed - padahal within 10 minit je dah sampai dekat x dekat

Tengok muke kite tu haha cuak tengok topeng yang agak scary tu + panas u tarik kuk - dalam hati cepatlah habis nak masuk dalam kemah panasss hihii

Muke lega dah masuk umah, sejuk sikit hihii. Perasan x baju groom lagi meriah hahaaa kalah iolls punya baju tau - simple but nice, actually ni baju pilihan ke-2 sebab yang 1st pilih tu hambar bak kate orang sebelah kite tu =)

Girls be like so sweet dalam gambar, ni kawan sekolah rendah and menengah, yang kiri semua dah jadi isteri orang, yang kanan mase ni single lagi kecuali yang baju kuning dah jadi isteri orang jugak, thanks datang =D

Ni kawan ofis hubby, tengoklah bertapa sejambaknya bunga meja tu sampai x nampak muke pengantin hahaha

Special sikit time kat sini ada baduts and bebelonnya, masa dah habis majlis x tau mana belon ni pegi emhhh

Sahabat sejati hubby dulu kini dan selamanya haha

My family, mak ayah, abg ngah (single lagi ni mihmihmihh), abg ipar shahrul, kakak, danish & haikal

With family abg long except Damia mana tah time ni

With family hubby except Amsyar yang takut dengan badut, sanggup x turun umah ish3

With nenek & atok - tengok atok memang teringat kat arwah atok Surif hampir nak sama muka huhuu

Terima kasih dari kami semua, Alhamdulillah selesai =D

Sekian. wassalam.

Friday, January 23, 2015

Rindu...

Salam...

Rindu yang bertamu di hati
Tidak dapat dibendung lagi
Andai bertamu di dalam mimpi
Pasti gembiralah di hati ini...

Jarak ini sangat jauh
Masa ini sangat lama
Ku hanya mampu berpeluk tubuh
Hingga saat bertemu menjelma

Walaupun hanya 10 hari
Seakan rasanya 100 hari
Aku sudah tidak berdaya lagi
Menanggung derita rindu ini...

Namun aku mengerti
Ke sana itu untuk berbakti
Lalu aku tabahkan hati
Menunggu saat kau pulang nanti...

Akan ku ukir senyuman indah
Waktu kita bersua muka
Duhai sayang janganlah gundah
Biar sabar menanti ketika..

I Miss U...


Wassalam

Thursday, January 22, 2015

My Wedding : Ely & Shaffiq - Part 3

Assalamualaikum...

Amboi Ely, ko punye entry kahwin mengalahkan retis
Ber-part2 lagi ha, drama bersiri ke ape..
Previous story ade di Part 2 ye =)
#sukatilaakupunyablog #akuygpostkoygpanas
Sekarang kemain semua nak pakai hastag je memanjang
Trend terkini sangat...

Okay back to the topic
Selesai majlis akad nikah, esoknya Majlis Walimatulurusnya..
Here it is.. My kad jemputan by Kad Borong
Kedai dia dekat depan MRSM Batu Pahat
1 kad 23 sen.. Ade lagi yang murah kat Sri Sulong tu 20 sen
Tapi oleh kerana nak yang melintang macam ni buat la kat sini
Hasilnya memuaskan seperti yang kita nak
"Saya suka, saya suka.." Dialog Meimei Upin Ipin hee..

Kad kahwin saya

Bunting

Penunjuk arah

Tempah masa ni dah bulan 8, boleh dikatakan agak lambat la jugak
Sebab ade orang tempah lagi awal lagi tuk bulan 10 katenya
Habis tu la baru en tunang cuti sama setelkan itu ini sikit2
Ade 3 kali pembetulan dia bagi, by email
Sampai kita puas hati xde spelling error then baru proceed cetak

Pagi tu kul 8.00 ade Majlis Khatam Al-Quran
Sungguhla nervous sebab x cukup praktis
Sampai serak2 suare ha, malunye lah hai
Mase tu barulah saya pakai baju & makeup sendirian berhad

Selesai majlis khatam, cool down cari air haus sangat
Saya x makan kot tengahari tu
Kul 12 dah siap2 mandi tunggu mak andam datang
Baju memang dah bawak malam tadi
Tapi ade lagi yang tertinggal veil x ade..???
Cooobaan.. Sabo ely sabo...

Ok gelabah dah ni
Mak Teh datang dengan anak dia
Call kedai tanya sapa yang incharge sediakan set saya nape x ckup
Kunci kedai xde la pulak and semua dah pegi jauh2 sebab ade majlis lain
Cari kat bilik tempat letak beg baju tu memang xde
Memang x tercicir pun kat rumah
And the result is memang x ade veil...

Baju saya warna pink belacan so dia punya veil pun rasenya ala2 warna tu la
Sekarang ni makeup dah siap tudung dah pakai
Kawan pun dah start datang,, mase tu dah pukul 1.30 kot
Sekarang ade 2 pilihan je samaada nak guna tudung butterfly pink saya tu
Nak jadikan macam veil kat belakang atau...
Gunakan veil putih yang malam tadi buat nikah tu
Actually masa ni perasaan takyah cakap la
Memang dah tade perasaan, nervous nak sanding lagi sekali dah hilang
Pk ok veil putih tu jela yang can go and x lari sangat dari topik tema
Then ok on pakai je veil tu..

Bukti mak andam tinggalkan I, No veil at the moment.. With Aida Rahmat

Mak Teh tu pun memang soft spoken even macam gila2 skit
Cuba cool down kan saya,,, cakap sabar ye Manja.. Ini semua cobaan
Tape.. Jangan nangis.. Maybe mase tu muke dah nampak sedih kot..
Memang i rasa nak nagis hokayy huuu....
Mak andam kate, senyum Manja, haa,, nampak gigi pun lawa la
Nanti lepas ni senyum nampak gigi je cantikk...
Pandai la Mak andam tu mujuk nak ceriakan saya..
Jaga lipstik jangan sampai kena gigi haaa payah benor nak kawen ni hadoi..

Haha.. Ni la I tengah bersihkan gigi kena lipstik heww3..

Masa dah siap makeup kul 1.30 tu mak andam tinggalkan I sensorang
Sebab dia try call2 orang kedai kot boleh tolong tapi mmg xde yang bole tolong
Dia pergi ke rumah bersanggah pengantin lelaki,,
Dalam kul 2 dah siapkan hubby, mak andam patah balik ke rumah semula
Mase tu la baru decide pakai veil putih tu je
Sebab tu la pengantin perempuan lambat turun nak tunggu pengantin lelaki kat pelamin

Aha.. Groom dah sampai, bride tengah pakai veil lagi oii...

Pastu tenangkan jiwa, relakan hati go on je dengan ape yang ade..
So Alhamdulillah dapat kawal perasaan.. Tu yang terkecoh x perasan tu..
Everything went well except I oll susah nak jalan hokey dengan kain meleret tu..

Ok je kan veil tu, x la out sangat.. Except kalau malam tadi I punya veil kuning,, hancuss hee.. ^~,^"

Sahabat2 sejati time belajar.. Thanks korang sanggup turun BP.. <3

Sekian.. Akan bersambung di Part 4