Search This Blog

Sunday, August 14, 2011

Bread Pudding... (^0^)v

Assalamualaikum,,,

Hari tu dah ade entry pasal bingka roti kan, so kali ni ely ngan mak buat bread pudding pulak... biasela, time pose ni x mkn sangat roti, daripada x dimakan baik tukar dari roti biase kepada puding roti confirm berselera nak makan... Here's the recipe, simple je...

Bahan-bahan:
5 keping roti - (syok sangat mencarik sampai terlupa berape keping dah masuk, dlm 5 or 6 gitu la)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
sedikit mentega
sedikit kismis

Cara-cara:
Based on pic kat bawah ni, its easy like 1,2,3,4,5...


1. Sapu mentega di dalam permukaan loyang dengan rata. Kemudian carik-carikkan 5 keping roti ke dalamnya. Kalau xmo carik pun takpe just susun je ikut kesenangan anda.
2. Tuangkan susu pekat yang telang dibancuh sedikit dengan air supaya rata. Masukkan juga susu cair bersama. Oleh kerana dah pakai susu pekat manis, kami tidak gunakan gula... Kalau nak guna susu cair semuanya, anda boleh tambahkan gula dalam sesudu dua mungkin...
3. Letakkan kismis atau buah-buahan kering yang lain mengikut selera anda. Kalau masa carik roti nak letak dengan kismis sekali pun boleh juga ikut suka nak banyak atau sikit.
4. Masukkan loyang ke dalam periuk kusus ini.
5. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau kurang. Bila dah masak... Tadaaa....


Yummy... sedap la jugak tau... Boleh la di slice dan dihidang, buka tadi x habis pun lagi, nak continue time sahur pulak nanti nk abiskan... k selamat mencuba

Wassalam,,,, =)

No comments: