Search This Blog

Tuesday, August 2, 2011

Hati...?

Assalamualaikum...

...Buah Hati
Sakit Hati
Hati Batu
Hati Kering
Hati-Hati
Isi Hati
Makan Hati
Puas Hati
Jaga Hati
Ambil Hati...


Hati... Hati... Banyak betul simpulan bahasa yang berkaitan dengan hati kan. Yang kat atas tu sebahagian jela, rasanya ada banyak lagi... Hmm... Kenapa nak cerita pasal hati ni. Rasanya hati saya ni tengah merasakan list yang ke-2 tu... Tapi walau sesakit mana pun hati ni, xde sape pun yang tahu kalau x bagitahu... Biarlah hati kita sendiri yang rasa. Tapi kenapa macam ni? Kalau ada masalah x boleh ke luah dan selesaikan... X boleh ke bincang,,, Mungkin akan jadi lebih ringan kalau dah luahkan,,, Hmm mungkin belum masanya lagi agaknya. Tapi sampai bila nak bersabar kalau asyik macam ni je. Hati manusia ni boleh berubah kalau kepercayaan antara mereka pudar ataupun hilang,,,



Bicaralah andai ada yang mengganggu...
di hati mahupun di fikiran kamu
aku di sini sentiasa menunggu
tiap bicara yang lahir dari bibirmu

Andai saja aku bisa mengerti
apa yang ada di kotak fikiranmu itu
isi yang ada di dalam hatimu itu
yang berselindung di situ diam membisu

Bicaralah walau sepotong ayat sahaja
walaupun sepatah perkataan sahaja
itu sudah cukup memberi erti bagiku
yang engkau masih ada untukku

Sampai bila akan terus begini
menanti penghujung yang belum pasti
Mencari kepastian yang sering lari
tak dapat ku kejar ianya lagi

Duhai hati sabarlah engkau
kerana hanya sabar pengubat rindu
hanya sabar yang pantas untukmu
mungkin bahagia nanti bakal menyusulmu

Ya Allah berikanlah pertunjuk dan hidayahMu
pada hambamu yang hina ini
Tunjukkanku pada jalan yang Engkau redhai
dan ampunkanlah dosa ku ini...

Aku sedar setiap dugaanmu itu
ada hikmah di sebaliknya yang tidak ku tahu
sabarkanlah jiwa dan hatiku
agarku sentiasa berada di jalanMu...

Wassalam...




No comments: