Search This Blog

Saturday, August 27, 2011

Apa..??? Dah nak Raya..???

Assalamualaikum...

Nampaknya tinggal lagi 2 hari je untuk menjalani ibadah puasa... Bulan yang penuh barakah ini akan kita tinggalkan bagi menyambut hari raya hari kemenangan bagi umat islam... Semoga Ramadhan kali ini telah mengubah kita menjadi kepada yang lebih baik dan berterusan meniti bulan2 yang seterusnya...

Macam mana persiapan raya? Bagi golongan ibu2 confirm mereka lah yang paling busy sekali sekarang ni, nak tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar tikar baru, buat kuih raya, kemas rumah dsb...

Macam mana dengan Ely?
-> Kemas rumah - dah
-> Pasang tikar - dah
-> Basuh bekas kuih n gelas - dah
-> Kuih raya - err... ade 1 jenis lagi belum buat...
-> Baju raya - oops... x iron lagi...
-> Tukar langsir - dah...
-> Lampu raya - wait abg ngah balik...
-> Sarung kusyen -> alamak belum... (do after posting this entry)

Bila raya dah semakin dekat, tu maknanya cuti semester Ely dah nak habis jugak, huhu... terasa sangat tidak rajin untuk kembali ke u... Tapi x boleh la begini, peruangan belum selesai dan harus diteruskan, oyeah!!

Sekarang ni tengah tolong mak buat rempeyek kacang dal, semalam buat dah bahulu gulung kuih tradisi... Kalau rajin akan ada entry pasal kuih bahulu gulung huhu...


Nak siapkan buat kuih n nak tukar sarung kusyen hehe...
Wassalam n selamat hari raya aidilfitri mohon maaf kepada semua... =)

Saturday, August 20, 2011

Saya Nak Mak Saya... (T_T)

Assalamualaikum...

Actually hari ni hari first mak pakai gigi palsu baru. Bila mak balik serius mak nampak lain, bila cakap lagi la lain. Dengan spontannya Ely cakap... "Ni bukan mak saya, lain... Saya nak mak saya, wawawa...."

Baru first day memang la rasa tak selesa, kesian mak susah nak makan. Kalau tak ok jugak gamaknya nak kene repair balik la. Tapi cuba tengok la 2, 3 hari ni dulu. Sabar ye mak...

Mak pesan, jaga gigi elok2, jangan sampai rosak, x best guna gigi palsu ni... "I will..."
Jangan banyak gigit ais ye...


Enchanted (^_~)v

A very beautiful song which originally written by Taylor Swift to Adam Young from Owl City. A sweet love story too...

From Taylor Swift....

Reply from Adam Young...


Can't stop replaying this song for past few days... =p
<3 <3 <3

Biskut Raya - Biskut Dam

Assalamualaikum,,,,

Ya Allah, time goes by so fast, hari ni dah 19 Ramadhan dah... Huhu kuih baru buat 2 jenis, semalam je baru start. After so many years finding my favorite cookies every Hari Raya was failed, i decided to make it my own...

Biskut Dam nama diberi
Setiap tahun akan ku cari
Tapi setiap kali Hari Raya masih tidak ku temui
Namun Raya tahun ini aku nekad untuk buat sendiri... yeay, hehehe... =)

Ni la dia gerangan kuih favorite saya... Hot from oven semalam...
Siap ada 1 onigiri...



Bila dah buat barulah tahu yang proses dia agak leceh la. Resepi i took from this website...
Maybe sebab tu baker xnak buat sebab susah dan tak mendapat sambutan except me, huu...
Tape, sebab tu kita cuba buat sendiri... =)

here is what my cookies making steps look like...

Sama kan,,,,
Description:
1-Alat timbang yang tengah berposing, mempunyai skala yang 'sangat' tepat... Comel kan dia,,,
2-Doh untuk cokelat
3-Doh untuk vanilla
4-Adunan yang telah dilenyek menjadi 3 bahagian for both color
5-Lapisan luar putih
6-Lapisan luar cokelat
7&8-Dipotong seperti ini
9&10-Disusun seperti ini
11-Dipotong dan jadi begini
12-Masukkan dalam loyang yang telah disapu majerin
13-The final product... =)

Sape nak rasa, meh la datang umah ye hihi...
Wassalam

Sunday, August 14, 2011

Bread Pudding... (^0^)v

Assalamualaikum,,,

Hari tu dah ade entry pasal bingka roti kan, so kali ni ely ngan mak buat bread pudding pulak... biasela, time pose ni x mkn sangat roti, daripada x dimakan baik tukar dari roti biase kepada puding roti confirm berselera nak makan... Here's the recipe, simple je...

Bahan-bahan:
5 keping roti - (syok sangat mencarik sampai terlupa berape keping dah masuk, dlm 5 or 6 gitu la)
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
sedikit mentega
sedikit kismis

Cara-cara:
Based on pic kat bawah ni, its easy like 1,2,3,4,5...


1. Sapu mentega di dalam permukaan loyang dengan rata. Kemudian carik-carikkan 5 keping roti ke dalamnya. Kalau xmo carik pun takpe just susun je ikut kesenangan anda.
2. Tuangkan susu pekat yang telang dibancuh sedikit dengan air supaya rata. Masukkan juga susu cair bersama. Oleh kerana dah pakai susu pekat manis, kami tidak gunakan gula... Kalau nak guna susu cair semuanya, anda boleh tambahkan gula dalam sesudu dua mungkin...
3. Letakkan kismis atau buah-buahan kering yang lain mengikut selera anda. Kalau masa carik roti nak letak dengan kismis sekali pun boleh juga ikut suka nak banyak atau sikit.
4. Masukkan loyang ke dalam periuk kusus ini.
5. Biarkan selama lebih kurang 45 minit atau kurang. Bila dah masak... Tadaaa....


Yummy... sedap la jugak tau... Boleh la di slice dan dihidang, buka tadi x habis pun lagi, nak continue time sahur pulak nanti nk abiskan... k selamat mencuba

Wassalam,,,, =)

Friday, August 12, 2011

Be Happy... + Story about KUIH ~0~

Assalamualaikum,,,

Kalau entri2 sebelum ni ala2 heart broken kan,,, jom kite lupakan semua 2 and be happy always dalam melalui hari-hari yang mendatang, ececeh.. =)

Tadi member ade post somenting funny pasal nama2 kuih kat FB... Kirenya macam di sebalik nama2 kuih yang ada kat Malaysia ni... Sebut la jenis kuih ape yang korang suke? cofirm macam2 n berjenis-jenis kan,,, Ni dah nak raya lagi la semua orang busy buat kuih, tempah dsb.... Jom layan...

Kuih Paling Sexy= Puteri Mandi
Kuih untuk Awet Muda= Seri Muka
Kuih Paling Alim= Kuih Ketayap
Kuih Suka Pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam Zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Kuih Sampret
Kuih yang bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi= Kuih Bau-Lu
Kuih Paling Lembab= Kuih Siput


Kuih paling gangster = kuih lompat tikam
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih paling penyayang = mama carrie
Kuih guna balik=kuih biji nangka
Kuih negeri berbuah=kuih buah melaka
Kuih x tau malu=kuih talam
Kuih lambat nk buat=kuih lapis
Kuih boleh terbakor=kuih tepung pelita
Kuih boleh tangkap ikan=Kuih roti jala

kuih paling style = kuih cara
kuih makeup terlebih = kuih tepung gomak
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih suka pow = kuih pau
kuih aman tenteram = kuih makmurkuih paling bahaya = kuih bom
kuih paling banyak = kuih-muih




Credits to Yana, Am, Zikri n me... =)

Thursday, August 4, 2011

Suara... Ku Berharap... (=,=)

Suara (Ku Berharap) - Luna Maya feat Dide Hijau Daun


...Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu, masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba hadapi semua ini
Meski tanpamu ooohh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

ooo

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu (aku menunggumu)
aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff [2x]

suara dengarkanlah aku...

Wednesday, August 3, 2011

Bingka Roti... (^0^)

Assalamualaikum,,,

Day 3 of Ramadhan, me n mom nak buat bingka roti untuk berbuka nanti. Here's the recipe... Ala2 resepi mak sendiri la sebab asalnya tengok kat tenet tapi bahan yang ade x cukup... Mak kan terrer bab2 resepi ikut suka dan rasa, hehe...

Bahan2:
- 5 keping roti kosong (tapi kiteorang gune dalam 3 1/2 je, yang tinggal half tu x tau la sapa yg makan...)
- 2 cawan susu (x kisah la susu tepung ke susu cair, xtually menggantikan santan sebab santan xde)
- secawan tepung gandum
- setengah cawan gula (bukan gula caster or gula merah ye)
- sedikit garam
- Pewarna kuning (nak warna lain pun boleh)
- Sesudu majerin (rasanya kalau guna Buttercup lagi sedap agaknya)

Cara2:
- Roti tu carik2kan dia jadik kecik2
- Then, masukkan susu, kacau...
- Masukkan tepung, kacau...
- Masukkan gula, kacau...
- Kalau rasa macam terlalu pekat, tambah sedikit air kalau x jadi keras pulak nanti,
- Masukkan majerin then kacaula sampai sebati

p.s: resepi ni lebih kurang je dengan puding roti cume puding roti x perlukan tepung... k

Sediakan loyang dan sapukan sedikit majerin di permukaannya, ratakan supaya x lah melekat nanti.
Lepas tu bakar dalam 45 minit macam tu...


Klasik kan oven mak hehe... Ni la yang terbaek, mudah dan cepat... =)

Rasanya macam x sampai 45 min dah boleh angkat sebab tengok dah masak... Ni lah hasilnya, kuning keemasan kan,,, Tadaa...


Boleh la cube sendiri lain kali, tadi jadi tukang kacau je... Makan bersama air soya cincau... Ada nasi n lauk jugak hehe... Selamat mencube lah ye, wassalam,,, =)

Tuesday, August 2, 2011

Hati...?

Assalamualaikum...

...Buah Hati
Sakit Hati
Hati Batu
Hati Kering
Hati-Hati
Isi Hati
Makan Hati
Puas Hati
Jaga Hati
Ambil Hati...


Hati... Hati... Banyak betul simpulan bahasa yang berkaitan dengan hati kan. Yang kat atas tu sebahagian jela, rasanya ada banyak lagi... Hmm... Kenapa nak cerita pasal hati ni. Rasanya hati saya ni tengah merasakan list yang ke-2 tu... Tapi walau sesakit mana pun hati ni, xde sape pun yang tahu kalau x bagitahu... Biarlah hati kita sendiri yang rasa. Tapi kenapa macam ni? Kalau ada masalah x boleh ke luah dan selesaikan... X boleh ke bincang,,, Mungkin akan jadi lebih ringan kalau dah luahkan,,, Hmm mungkin belum masanya lagi agaknya. Tapi sampai bila nak bersabar kalau asyik macam ni je. Hati manusia ni boleh berubah kalau kepercayaan antara mereka pudar ataupun hilang,,,



Bicaralah andai ada yang mengganggu...
di hati mahupun di fikiran kamu
aku di sini sentiasa menunggu
tiap bicara yang lahir dari bibirmu

Andai saja aku bisa mengerti
apa yang ada di kotak fikiranmu itu
isi yang ada di dalam hatimu itu
yang berselindung di situ diam membisu

Bicaralah walau sepotong ayat sahaja
walaupun sepatah perkataan sahaja
itu sudah cukup memberi erti bagiku
yang engkau masih ada untukku

Sampai bila akan terus begini
menanti penghujung yang belum pasti
Mencari kepastian yang sering lari
tak dapat ku kejar ianya lagi

Duhai hati sabarlah engkau
kerana hanya sabar pengubat rindu
hanya sabar yang pantas untukmu
mungkin bahagia nanti bakal menyusulmu

Ya Allah berikanlah pertunjuk dan hidayahMu
pada hambamu yang hina ini
Tunjukkanku pada jalan yang Engkau redhai
dan ampunkanlah dosa ku ini...

Aku sedar setiap dugaanmu itu
ada hikmah di sebaliknya yang tidak ku tahu
sabarkanlah jiwa dan hatiku
agarku sentiasa berada di jalanMu...

Wassalam...




Its Killing Me...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni dah dapat puasa 1 hari... 29 days more to go. So hopefully, puasa esok lusa nanti dapatlah dilaksanakan dengan sempurna insyaAllah... Sekarang ni cuma hope boleh baik dari selsema pulak. Agak pelik la demam kali ni sampai dah habis makan ubat semua tapi still x baik sepenuhnya. Rasanya Dr Krisnan ni kan, nak kene bersara agaknya... Sebab ubat dia dah x power lagi. Biasanya belum habis ubat baik dah. Huhu... Tapi memanglah sihat tu datang dari Allah, cuma kita pun kenelah berusaha untuk mencari penawarnya. Tapelah, sok lusa t baiklah hendaknye... (T-T)

Oh ye, hari ni berbuka dengan air cendol dan sarsaparilla... Dapat minum saja mase berbuka tadi pun dah rasa cukup lega. X yah makan pun takpe. Haha... Makanan pulak adela kurma, nasi, kari ayam, pecal sayur dan laksa... Berserta beberapa kudapan yang lain... Terutamanya kuih lapis yang dikukus oleh saye. Ade 16 lapis tau jangan memain, tukang tuang je bolehlah... Sok nak buka ape ek... Emm... kali ni simple2 jela t...

Sebelum nak tido ni rasa macam dah membunuh diri sendiri je, sebab ape tau... Dekat pergelangan tangan ni dah tersagat dengan papan pil yang tajam tu. Tah macam mane boleh tersagat dengan jayanya adeh... Dah macam orang bunuh diri la sebab berdarah sikit kat pergelangan tangan tu kan... Nasiblah x rasa pedih sebab lukanya x dalam pun hehe...


Sudah lewat nampaknya. Marilah masuk tido dah get ready tuk bangun sahur esok pulak ye. Kunci jam tu...
Wassalam,,, =)

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kali Ini...

Assalamuailaikum...

Korang dengar x tadi pengumuman raya? raya??? eh puase la... raya lambat lagi, hihi... Jom tengok...


Ha... Ape lagi sok puase yob. Moh la kite niat pose sebulan dan tuk esok hari ye. Tadi lepas isyak korang tarawikh  ke x ni hehe, pembukaan la katekan... Jadi, sok jangan lupe bangun sahur ye, sunat tu... Kalau x lembik pulak nak berpuase esok hari nanti... Oh ye, teringat pulak dekat lagu ni...


p/s: version nur kasih ni...

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan marilah kita memperbanyakkan amal ibadah dalam mencari keredhaan Ilahi. Semoga kita dapat bertemu dengan Lailatulqadar dan jangan lupa juga untuk membayar zakat fitrah. Di akhir nanti akan kita sambut dengan hari raya Aidilfitri InsyaAllah.

Wassalam...